Monday, May 17, 2010

As we circle the sun ...

Antara kita sedar atau tidak, hidup kita berlalu mengikut kadar yang telah ditetapkan. Maka setiap dari kita antara suka atau tidak telah dan akan terus mengharunginya sehingga sampai masa yang Allah SWT tentukan. Ini jelas dari firmannya di dalam Al Quran yang bermaksud :-

"setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati"

Maka yang perlu kita lakukan dalam menjalankan tanggungjawab kita masing-masing, insyaallah, dengan hidayah, bimbingan yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW serta dorongan dan doa kedua ibubapa kita hidup kita pasti akan selamat.

Semalam, 16hb Mei 2010, genap lah emak mengelilingi matahari buat kali yang ke 72. Alhamdullilah syukur kepada Allah SWT, beliau diberi bonus umur yang mana sekira nya mengikut sabda Nabi SAW yang bermaksud, "umur umatku adalah di diantara 60 ke 70 tahun", dan baginda Rasulullah SAW sendiri diberi Allah SWT masa di dunia ini selama 63 tahun. Yang lebih utama lagi beliau sihat dan setakat hari ini telah dikurniakan, 6 anak (4 putera dan 2 puteri), 5 menantu serta 16 cucu (8 laki-laki dan 8 perempuan).

Kita berjaya berkumpul dalam usaha mensyukuri nikmat Allah SWT dalam mengeratkan silaturrahim diantara kita. Pak/Tok Ngah Hassan , Mak/Wan Ngah Mona serta berberapa kenalan rapat juga sempat memeriahkan majlis ini. Walaupun demikian, kita belum berjaya mengumpulkan kesemuanya (kurang 2 orang) atas berberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Kali terakhir kebanyakan dari kita semua (lebih ramai tak dapat hadir) berkumpul adalah semasa Baba lengkap mengelilingi matahari buat kali yang ke 79 pada 7hb Februari 2010.

Aktiviti berjalan lancar selepas asar, fasa 1 dan seterusnya fasa 2 selepas maghrib. Rasa nya kedua-dua fasa ini tidak lah dirancang, tetapi oleh kerana ada yang perlu balik atau ada urusan lain, maka terjadi fasa-fasa tersebut. Seperti biasa aktiviti utama adalah kegemaran ramai ... iaitu makan. Ada Roti Jala dan gulai, ada sate & nasi impit, ada bihun singapura, ada agar-agar, ada bua-buahan, air bali dan air oren dan jangan lupa ada kek (birthday cake dan cupcake). Biasalah mesti ada upacara tiup lilin, tapi tak sempat Wan nak tiup, Ayyub dah tiup dulu. Selainnya, seperti biasa lama tak jumpa adalah ngot nget sana ngot nget sini, selain dari klik sana, klik sini. Ada juga kejuaraan "Piala Thomas" diluar, walaupun semua dah kecewa kerana Malaysia tak berjaya simpan piala tersebut ... mungkin ada dari keluarga Alshukor nanti menjadi watak utama dalam edisi-edisi akan datang.

Masuk maghrib, ada yang meminta diri, selainya terus solat bergilir-gilir sebelum fasa 2 bermula di mana Aqila Dayana memulakan fasa 2. Rupa rupanya ada sketsa/nyanyian untuk wan dari cucu. Athirah juga cuba menghidupkan skillnya masa kecik dulu dengan bermain keyboard (kena practice balik) dah berkarat dah, mengiringi adik-adiknya menyanyi. Dah habis 'planned show', ada 'ad hoc activity' pula dengan teka teki, cerita dari cucu-cucu dan anak serta menantu. (Punya lah seronok hinggakan Ayyub mengigau tengah malam).

Apa sekalipun, akhirnya sampai, atuk dan wan dah penat, ada yang kena pergi kerja, ada yang kena pergi sekolah dan tugas-tugas lain. Jadi berakhirlah aktiviti bersama yang akan terus kekal dalam ingatan semua.

Bila lagi ya ...?

Nak download gambar tak pandai lagi, nanti kena belajar dulu.


***
Sempena birthday mak ... maka nama blog ini bertukar lagi dari myfamily circle dan sebelum nya myfamily ke AS WE CIRCLE THE SUN ...


No comments: