Thursday, November 3, 2016

4 hari lagi SPM ...

Masa yang berlalu ....

Tanpa disangka, dalam masa 4 hari lagi, Adam akan menghadapi SPM. Seketika dulu, 90 hari lagi Adam akan menghadapi UPSR. Maka dengan gerak masa yang sangat pantas, selepas UPSR, IGCSE Chekpoint 2013, PT3 2014, IGCSE 2015 dan 2016 SPM.

Ayyub di SEMASHUR dah selesai pun PT3, sekarang MC (cuti sakit) kerana bisol dipeha kanan. Alisha di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya ... tinggal berberapa minggu aja lagi nak habis Tingkatan 1.

Dalam pada itu Lia dah pun selesai Master Physiotherapy di University Of Otago, Duneddin, New Zealand dengan graduasi pada 20 Ogos 2016.

Athirah sedang buat Housemanship di Kota Kinabalu, Sabah. Buat masa ini sedang dalam usaha menyelesaikan "posting" ketiga, ia itu O&G di Hospital Likas.

Semoga Allah merahmati kamu semua ... anak-anak ku.

Aman selamat lancar dan barokah selalu.