Thursday, October 1, 2009

Aidil Fitri 1430/2009

Hari ini sudah 12 Syawal 1430, masa berlalu tanpa dirasai. Puasa enam (6) pun belum mula lagi. Kalau tak ada aral, insyaallah, minggu depan kena mula, kalau tak ... rugi besar.

Tahun ni raya ok juga. Raya di Shah Alam dulu. Semampunya segala disiapkan sampai malam raya. Buka puasa malam raya (29 ramadhan) di No8, Aida dan Keluarga ada sama. Pada masa tu belum 'announcement' raya lagi. Manalah tau, ada orang nak puasa sehari lagi, nak genap 30 hari.

Tiba masa ... "Satelah dipersetujui oleh duli yang maha mulia raja raja dan di perkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, saya mengistiharkan bahawa Hari Raya Aidil Fitri telah ditetapkan pada (1 Syawal tahun ini) ... hari ahad 20hb September 2009.

Lega tak payah puasa lagi. Boring sunggoh kan, pasalnya ramai yang belum memahami nikmat puasa, asyik ingat nak raya aje.

Malam tu baru boleh ambil baju melayu yang ditempah ... last minit betul, harapnya tak berulang lagi tahun depan, itupun kalau buat barulah. Bukan ingat nak jumpa Ramadhan yang akan datang, asyik ingat raya aje... Siap ajak Baba ikut, satu round Bandaraya Shah Alam, ingat nak berhenti beli kuih raya lelong, punyelah ramai orang dekat Kompleks PKNS, SACC tak jadi. Akhirnya Khalifah dapat order 3 bungkus Teh Tarik kurang manis. Balik No8, Ustaz Fuad & isteri, Sham & Gye ada, dapatlah rasa teh tarik. Balik Jln sampan, esok nak raya ...

Takbir bergema dah Aidil Fitri. Siap siap sampai No8 pukul 7 juga lebih kurang. Siap bawa nasi minyak (Nie bangun kul 4 pagi masak). asyik sarapan, dah tak sempat Solat Sunat Aidil Fitri, nasib baik sunat. Tu lah asyik sibuk nak raya....

Selepas bermaafan harap dapat 0 0 lah, baru sarapan, lepas tu Pak Ngah and gang (Rommel 's & Kennedin's family). Dah makan kenal mengenal saudara dan anak saudara, kita raya rumah Pak Ngah. Lepas tu balikJalan Sampan ... pukul 1.15 baru gerak ke KT.