Monday, May 17, 2010

As we circle the sun ...

Antara kita sedar atau tidak, hidup kita berlalu mengikut kadar yang telah ditetapkan. Maka setiap dari kita antara suka atau tidak telah dan akan terus mengharunginya sehingga sampai masa yang Allah SWT tentukan. Ini jelas dari firmannya di dalam Al Quran yang bermaksud :-

"setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati"

Maka yang perlu kita lakukan dalam menjalankan tanggungjawab kita masing-masing, insyaallah, dengan hidayah, bimbingan yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW serta dorongan dan doa kedua ibubapa kita hidup kita pasti akan selamat.

Semalam, 16hb Mei 2010, genap lah emak mengelilingi matahari buat kali yang ke 72. Alhamdullilah syukur kepada Allah SWT, beliau diberi bonus umur yang mana sekira nya mengikut sabda Nabi SAW yang bermaksud, "umur umatku adalah di diantara 60 ke 70 tahun", dan baginda Rasulullah SAW sendiri diberi Allah SWT masa di dunia ini selama 63 tahun. Yang lebih utama lagi beliau sihat dan setakat hari ini telah dikurniakan, 6 anak (4 putera dan 2 puteri), 5 menantu serta 16 cucu (8 laki-laki dan 8 perempuan).

Kita berjaya berkumpul dalam usaha mensyukuri nikmat Allah SWT dalam mengeratkan silaturrahim diantara kita. Pak/Tok Ngah Hassan , Mak/Wan Ngah Mona serta berberapa kenalan rapat juga sempat memeriahkan majlis ini. Walaupun demikian, kita belum berjaya mengumpulkan kesemuanya (kurang 2 orang) atas berberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Kali terakhir kebanyakan dari kita semua (lebih ramai tak dapat hadir) berkumpul adalah semasa Baba lengkap mengelilingi matahari buat kali yang ke 79 pada 7hb Februari 2010.

Aktiviti berjalan lancar selepas asar, fasa 1 dan seterusnya fasa 2 selepas maghrib. Rasa nya kedua-dua fasa ini tidak lah dirancang, tetapi oleh kerana ada yang perlu balik atau ada urusan lain, maka terjadi fasa-fasa tersebut. Seperti biasa aktiviti utama adalah kegemaran ramai ... iaitu makan. Ada Roti Jala dan gulai, ada sate & nasi impit, ada bihun singapura, ada agar-agar, ada bua-buahan, air bali dan air oren dan jangan lupa ada kek (birthday cake dan cupcake). Biasalah mesti ada upacara tiup lilin, tapi tak sempat Wan nak tiup, Ayyub dah tiup dulu. Selainnya, seperti biasa lama tak jumpa adalah ngot nget sana ngot nget sini, selain dari klik sana, klik sini. Ada juga kejuaraan "Piala Thomas" diluar, walaupun semua dah kecewa kerana Malaysia tak berjaya simpan piala tersebut ... mungkin ada dari keluarga Alshukor nanti menjadi watak utama dalam edisi-edisi akan datang.

Masuk maghrib, ada yang meminta diri, selainya terus solat bergilir-gilir sebelum fasa 2 bermula di mana Aqila Dayana memulakan fasa 2. Rupa rupanya ada sketsa/nyanyian untuk wan dari cucu. Athirah juga cuba menghidupkan skillnya masa kecik dulu dengan bermain keyboard (kena practice balik) dah berkarat dah, mengiringi adik-adiknya menyanyi. Dah habis 'planned show', ada 'ad hoc activity' pula dengan teka teki, cerita dari cucu-cucu dan anak serta menantu. (Punya lah seronok hinggakan Ayyub mengigau tengah malam).

Apa sekalipun, akhirnya sampai, atuk dan wan dah penat, ada yang kena pergi kerja, ada yang kena pergi sekolah dan tugas-tugas lain. Jadi berakhirlah aktiviti bersama yang akan terus kekal dalam ingatan semua.

Bila lagi ya ...?

Nak download gambar tak pandai lagi, nanti kena belajar dulu.


***
Sempena birthday mak ... maka nama blog ini bertukar lagi dari myfamily circle dan sebelum nya myfamily ke AS WE CIRCLE THE SUN ...


Friday, May 7, 2010

Anak Bapak ...

Teringat satu lagi cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Anak Bapak.

Salah satu "scene", si anak membangga kan bapak, ... maka si bapak pun berkata ..."anak bapak". Di "scene" yang lain pula, perbuatan si anak tidak disenangi oleh si bapak, maka berkata Mr Secretary, "anak bapak", tetapi si bapak berkata, "itu bukan anak bapak ... itu anak setan".

Selalunya, perbuatan si anak akan dikaitkan kepada ibubapa mereka, terutama nya perkara yang tidak baik. Anak si polan tu, buat itu, buat ini dan sebagainya. Situasi mengaitkan ibu bapa ini selalu terjadi kerana tanggungjawab ibubapa mendidik dan menjaga anak-anak mereka. Ini lah datangnya istilah kurang ajar.

Kalau kita tengok situasi semasa, anak pelakon terkenal kena cekup kerana dadah, mak bapak berusaha menidakkan, tapi dek sebab anak mak bapak susah, ini juga membabitkan kes remaja di tembak. Kalau tak masuk kes-kes yang disebut, ada banyak pula kaitan kepada orang tua, seperti Bin Laden, atau cerita politik atau penjawat awam atau orang terkenal, yang mana nama bapa mereka dikaitkan dan diaibkan, kerana orang meluat atau bencikan si anak tadi.

Memang ada benarnya, walaupun ada juga perbuatan baik yang dikaitkan kepada ibubapa, tetapi lumrahnya perbuatan buruk lebih mudah melekat.

Oleh yang demikian, khas untuk anak-anak ku (Lia,thira, adam, ayyub dan lisha), jagalah nama baik abah dan ibu, kerana apa juga sekali ... kami sentiasa sayangkan kamu semua.

Kalau pinjam kata-kata Mahfuz Al Buaya, bukan nya apa ... Abah buat ni kerana Abah sayang, jangan jadi bapak macam Tuan Sadik Segaraga ... sudah la.

Thursday, May 6, 2010

Sayang Anak ....

Satu ketika dulu, ada seorang ibu yang sangat sayangkan anaknya, bak kata perpatah : "seperti menatang minyak yang penuh". Semasa kecil, sampaikan sekiranya berjalan kemana-mana anak itu dibawa diatas bahu.

Ada masanya, mereka berselisih dengan mamak menjual kacang putih dengan jualannya yang dijunjung. Anak itu telah mengambil(mencuri) segenggam kacang tanpa disedari oleh mamak sipenjual tadi. Si emak bila mengetahui perkara itu terus berkata "pandai anak emak". Dia selalu memuji "kepandaian songsang" anaknya itu dek sayangnya dia kepada si anak. Budak ini, merasakan yang dia tidak berbuat salah kerana semua perbuatannya disukai oleh emaknya.

Ada ketikanya, apabila ada orang menegurnya, dia akan berkata "emak dia tak marah pun". sekiranya ada orang memberitahu si emak, orang itu akan dimarahi kerana menceritakan perkara yang bukan-bukan tentang anaknya, anak di a budak baik.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan ganti berganti, si budak itu membesar sebagai orang berbuat sesuka hatinya. apa juga halnya, emak sentiasa 'support'. Satu hari dia telah ditangkap polis dan akhirnya disabitkan kesalahan merompak dan membunuh dan akan digantung. Sebelum, pengadilan dijalankan, dia ditanya, "adakah kamu ingin berjumpa dengan sesiapa sebelum hukuman ini dijalankan?" Dia berkata yang dia ingin sangat berjumpa emaknya yang sudah tua. Hakim dan semua yang hadir merasakan sungguh sedih. Maka emaknya yang sudah tua dicari dan dibawa kemahkamah. Semua yang ada dengan rasa sedih merasakan ini adalah pertemuan emosi terakhir bagi mereka berdua.

Tetapi ...

Apabila ternampak emaknya yang sudah tua itu masuk, sibudak yang telah besar dan akan digantung itu menjerit kearah emaknya dengan berkata "tak guna punya emak, kalau dari kecil aku dibetulkan, mengambil kacang mamak itu mencuri, dihukum dan diperbetulkan, tentu aku tidak akan digantung sekejab lagi" . Semua yang hadir terkejut ...

Ingat cerita "Anak ku Sazali" karya P.Ramlee. Ada tak cerita-cerita masakini yang mungkin terarah kesinario sebegitu.

Kepada ibu bapa, ini untuk diri sendiri la, di mana anak anda sekarang, tahu kah anda mereka sedang buat apa???

Salam hormat.