Hari ini 32 tahun yang lalu, semasa menghadapi perperiksaan MCE, iaitu pada tahun 1978, telah lahir kedunia adinda ku Arifatulhasni di Kelinik Salina. Walaubagaimanapun, atas sebab-sebab komplikasi atau kurang kepakaran, Mak telah di pindahkan ke Hospital Besar Klang yang terletak di Bukit Istana kerana kedudukannya yang hampir dengan Istana Alam Shah.
Atas nikmat Allah, beliau dilahirkan sebagai anak istimewa, dan sesungguhnya keistimewaannya ternyata dalam banyak segi bagi keluarga kami. Aku masih ingat, setiap kali pulang dari menduduki kertas perperiksaan, aku sempat melawat mak di wad kerana kedudukan hospital dengan stesen bas hanya mengambil masa yang singkat. Masa itu akau tidak lagi duduk di Asrama Doktor Latiff (ADL) kerana mengambil keputusan untuk duduk di rumah dan berulang alik setiap hari persekolahan sejak dari 'Term 2' tingkatan 5.
Ya ... masa berlalu begitu pantas, tadi kami hadiahkan jambangan bunga untuk budak istimewa dalam hati kami, mak jamu dengan nasi kunyit dan aida serta keluarga ada sama. Laith baru saja bersunat seminggu yang lalu, tapi dah nampak okay aje.
Nana anak Along juga menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 13. Masa bergerak pantas tanpa kita sedari.
Happy Birthday, Semoga anda semua dalam rahmat Allah dan terpilih dalam hidayahnya. AMIN

No comments:
Post a Comment