Thursday, November 18, 2010

Aidil Adha 1431

0600 - Hening Subuh memulakan hari yang barokah, sambil bersedia untuk Solat Sunat Aidil Adha. Dah bersedia bersama Adam dan Ayyub, hantar Mak (KT) ke rumah Su. Berhenti sebentar di No8, ucap selamat untuk, Baba, Mak dan Su.

0730 - Bertakbir dan bersedia untuk solat di Surau AlFatah, Padang Jaya.

0800 - Mula Solat, dan selesai dengan khutbah, silaturrahim dengan jamaah sebelum pulang.

0845 - Menetapi sunnah, bersarapan selepas solat. Jamuan pagi ini ialah Nasi Lemak (mudah sikit kerana Lia di Seberang Jaya), tak ragu-ragu guna santan. Ada juga rendang Tok Kak Siti, dengan Ketupat Palas Terengganu. Mak balik dari Masjid dengan Su dan keluarga.

0945 - Sebelum ke Padang Jawa, berhenti di No8, jamah sedikit ketupat bersama rendang dan kuah kacang air tangan emak. 18 ekor lembu tumbang, manakala 21 ekor kambing telah di Korbankan. masa sampai, penyembelihan telah selesai, manakala kerja melapah sedang giat dilakukan. Sambil bersilaturrahim, membantu semampunya, diam tak diam dah lebih 12 tengahari. Baba ada booking perut panjang, manakala Mak (KT) dan Utz Fuad Al As ada minta sedikit daging Kambing. Balik dengan sedikit buah tangan daging serta tulang rusuk untuk diagihkan serta makan sendiri. Hantar daging dan bersihkan perut (banyak kerjanya) untuk baba.

1330 - Sampai rumah, siapkan tulang rusuk untuk sup dan daging-daging untuk agihan dan simpanan, nasib baik ada pinjam parang, kapak dan kayu beluti dari baba. Siap, Nie bersihkan untuk Sup, dan Kak Siti bersihkan yang perlu untuk disimpan. Adam, Ayyub dan Lisha ikut Su ke Sungai Buloh,dengan Pak Chik Zam dan Che Dah.

1415 - Siap, solat Dhohor & rehat sambil makan kuih inti nasturi.

1500 - Ke Sg Buloh, beraya dengan keluarga yang lain, keluarga Abang Zaini semua ada, makan Nasi Dagang, Ketupat dan Ketupat Palas dengan Rendang Tok Kak Ma.

1715 - Solat Asar

1730 - Tengok TV, NCIS Las Vegas, dan seterusnya sambung dengan Justice Pao. Kak Long talipon nak datang. Suruh mereka pergi rumah mak dulu, ajak mereka sekali.

1945 - Sampai rumah, solat maghrib.

2015 - Along dan keluarga sampai, Arif pusing balik ke No8, ambil Baba dan Mak. Sup pun siap, maka barokahnya insyaallah dapat kepada semua. Nizam sekeluarga, Utz Fuad Al As, kemuadian Ateh, Busu, Ammanda & Anique juga dapat rasa.

2300 - Selesailah segalanya, sambung makan Sup dan tengok animasi Iron Man dengan Adam sebelum Solat Isyak, Witr dan tidur.


No comments: