Monday, November 29, 2010

1961 ... MCMLXI

Interesting Number ... for a simple reason that if you flip it "upside-up" it still remain the same, the numerals that form the year looks the same as when the numerals are rotated upside down. Not since 1881 and if ever 6009.

Well for the right reason Mum and Dad gave birth to this boy 49 years ago. How time come and go, no matter how much you counts it never stays, before you know it shall be 50 insyaallah, but most importantly no matter how many years, much more important is how many more years are left??? If you are lucky to reach Nabi Muhammad SAW age, that is 14 years only. If you take in general as per his saying, "umur umat ku, diantara 60 - 70 tahun". If you exceed those years, that shall be considered as bonus.

What ever it is, take it as it is, you can only plan, but Allah aza wa jalla is the greatest of planner. Well to start this morning, I went out for a walk, around section 20 and 19, a route to 7/11 Section 20 takes 20 min, while an extended walk to De Palma Hotel takes another 20 min before finally reaching home at about 7.20 which gives an hour walk.

As I enter the house, Adam wishes me Happy Birthday, wake Ayyub and then Lisha. After getting dressed up, she says its Abah's birthday and later on she says birthday abah tak ada cake.

SMS received :

A brother is a little piece of childhood that can't ever be lost. Happy birthday Bro. 49 right? Along n family (8:13)

Salam & a Great morning 2 u Bro, yes just another number 2 ur collection. In ur journey of life, it surely means a lot 2 u. My Allah continue His blessings on u & ur family. Cherish life as it comes ... Love, ur Bro A4 & family ... (9:22)

Happy birthday, semoga diberkati Allah selalu. Yg ke berapa?? Su (9:36)

Happy 49th Birthday, Kak Long (10:04)

Mum call at 9.44 wishing Selamat ulangtahun kelahiran and rendition of "Allah Selamatkan kamu", with Baba's voice as chorus.

Well ... as Haji Ramli Wali says, its just another completion of our journey across the Sun. What we do with our life and how we contribute depend totally on us. May Allah protect us all, and place us within his chosen ones, "tetap menetapi, memerlukan dan mempersunggoh Quran Hadith secara berjamaah hingga akhir hayat, insyallah". AMIN


Saturday, November 27, 2010

Hari ini dalam sejarah

Hari ini 32 tahun yang lalu, semasa menghadapi perperiksaan MCE, iaitu pada tahun 1978, telah lahir kedunia adinda ku Arifatulhasni di Kelinik Salina. Walaubagaimanapun, atas sebab-sebab komplikasi atau kurang kepakaran, Mak telah di pindahkan ke Hospital Besar Klang yang terletak di Bukit Istana kerana kedudukannya yang hampir dengan Istana Alam Shah.

Atas nikmat Allah, beliau dilahirkan sebagai anak istimewa, dan sesungguhnya keistimewaannya ternyata dalam banyak segi bagi keluarga kami. Aku masih ingat, setiap kali pulang dari menduduki kertas perperiksaan, aku sempat melawat mak di wad kerana kedudukan hospital dengan stesen bas hanya mengambil masa yang singkat. Masa itu akau tidak lagi duduk di Asrama Doktor Latiff (ADL) kerana mengambil keputusan untuk duduk di rumah dan berulang alik setiap hari persekolahan sejak dari 'Term 2' tingkatan 5.

Ya ... masa berlalu begitu pantas, tadi kami hadiahkan jambangan bunga untuk budak istimewa dalam hati kami, mak jamu dengan nasi kunyit dan aida serta keluarga ada sama. Laith baru saja bersunat seminggu yang lalu, tapi dah nampak okay aje.

Nana anak Along juga menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 13. Masa bergerak pantas tanpa kita sedari.

Happy Birthday, Semoga anda semua dalam rahmat Allah dan terpilih dalam hidayahnya. AMIN


Thursday, November 25, 2010

DI SANA SINI

Hari ni khamis,18hb tak hantar budak2 keSekolah, tambah cuti sendiri. Ptg ada orang ajak gi Shah Alam Mall, rupa2nya nak beli HP. Terbang RM950, dapat Nokia C6.

Jumaat, 19hb November merupakan hari terakhir persekolahan bagi tahun 2010. Ingat ada 1 minggu lagi, tapi bagus la, tak payah fikir tentang nak ambil budak2 balik sekolah. Seronok sakan la dia orang, nak tenggok TV, DVD main PS2 dan sebagainya.

Sabtu, 20hb, athirah ada program di IMU. sabtu melawat rumah orang tua dan ahad seminar yang berkaitan dengan Geriatric. Nak bawa kereta, ibunya tak benarkan, jadi hantar dia ke UiTM, tumpang kawannya Sarah Sahidan.

Seperti biasa, pergi jalan2 di Tasik Shah Alam dan pergi 'memancing' kat pasar klang, kira ok la macam biasa dapat dua tiga jenis ikan, maklum la umpan RM. Sebelum tu kena bubur kat gerai atas tu, agaknya boleh jadi francise tak bubur ni??? Kena balik cepat, tak ada orang nak hantar budak2 taekwando. Drop kan Niedan barang2, hantar gi Seksyen 9, dan terus ke No8, sementara tunggu dia orang siap. Aida and family ada kat sana, dia baru balik dengan Mak dari pasar.

Tengah hari gi Dewan Jubli Perak SUK, meraikan majlis perkahwinan anak Hj Hasnor dan Hjh Zaiton, jiran Kelompok Segitiga.

Ahad, lepas hantar Thira, gi Jalan2 di TTSA, lepas tu sarapan kat Cili Merah. Tengah hari, lepas dhohor gi Empire Shopping Gallery, nak belikan hadiah budak darjah satu dapat No 1, PKSR 4, yang 2 lagi janji tak pe, tapi Abang Adam buat hal. Makan roti kat kedai Tun Dr Mahathir (Loaf), mahalnya roti dia. Dalam perjalanan balik, nak sejukkan hati budak masam, ibu syorkan gi Port Klang jalan2. Jadi terus ke Pelabuhan Selatan, Gerai makan masih ada, Ayam Goreng kedai KITA, entah ada lagi ke, Port View dah lama tak ada, sampai ke KTM, kemudian ke Tanjung Harapan, dulu namanya Tanjung Gila. Lalu ke Restoran Bagan, banyak dah restoran lain, tapi tempat memancing macam cendawan tumbuh. Dari situ, berhenti kat Kapal PKGR, makan burger, rojak buah dan tengok orang memancing. Balik lalu Rantau Panjang, dah tak payah bayar tol lagi.

Yang pasti, kekotoran masih lagi nyata, dulu Lia dan Thira komen, sekarang Ayyub pun komen kotor juga, sampai rumah lebih kurang pukul 6ptg.

23hb, di Hospital Putrajaya, Baba tambah darah, semua lancar keluar rumah pukul 8pg, darah masuk pukul 10.30pg, bag kedua masuk pukul 2.30ptg, selesai pukul 6ptg, sampai No8 pukul 7.15mlm. Lepas solat maghrib, makan balik ambil Adam & Ayyub ke Klang untuk training taekwando.

24hb ptg, hantar mak ke Subang SkyPark, Flight kul 7.50pm. Sebelum tu berjaya update Family Tree bahagian KT dengan bantuan mak, itu pun banyak yang masih belum selesai bagi bahagian generasi muda.

Malam ngaji, Al Quran-Surah AlBaqarah dari ayat 141 hingga 144, dan Kitab Himpunan Hadith Adilah (ilmu).


Thursday, November 18, 2010

Aidil Adha 1431

0600 - Hening Subuh memulakan hari yang barokah, sambil bersedia untuk Solat Sunat Aidil Adha. Dah bersedia bersama Adam dan Ayyub, hantar Mak (KT) ke rumah Su. Berhenti sebentar di No8, ucap selamat untuk, Baba, Mak dan Su.

0730 - Bertakbir dan bersedia untuk solat di Surau AlFatah, Padang Jaya.

0800 - Mula Solat, dan selesai dengan khutbah, silaturrahim dengan jamaah sebelum pulang.

0845 - Menetapi sunnah, bersarapan selepas solat. Jamuan pagi ini ialah Nasi Lemak (mudah sikit kerana Lia di Seberang Jaya), tak ragu-ragu guna santan. Ada juga rendang Tok Kak Siti, dengan Ketupat Palas Terengganu. Mak balik dari Masjid dengan Su dan keluarga.

0945 - Sebelum ke Padang Jawa, berhenti di No8, jamah sedikit ketupat bersama rendang dan kuah kacang air tangan emak. 18 ekor lembu tumbang, manakala 21 ekor kambing telah di Korbankan. masa sampai, penyembelihan telah selesai, manakala kerja melapah sedang giat dilakukan. Sambil bersilaturrahim, membantu semampunya, diam tak diam dah lebih 12 tengahari. Baba ada booking perut panjang, manakala Mak (KT) dan Utz Fuad Al As ada minta sedikit daging Kambing. Balik dengan sedikit buah tangan daging serta tulang rusuk untuk diagihkan serta makan sendiri. Hantar daging dan bersihkan perut (banyak kerjanya) untuk baba.

1330 - Sampai rumah, siapkan tulang rusuk untuk sup dan daging-daging untuk agihan dan simpanan, nasib baik ada pinjam parang, kapak dan kayu beluti dari baba. Siap, Nie bersihkan untuk Sup, dan Kak Siti bersihkan yang perlu untuk disimpan. Adam, Ayyub dan Lisha ikut Su ke Sungai Buloh,dengan Pak Chik Zam dan Che Dah.

1415 - Siap, solat Dhohor & rehat sambil makan kuih inti nasturi.

1500 - Ke Sg Buloh, beraya dengan keluarga yang lain, keluarga Abang Zaini semua ada, makan Nasi Dagang, Ketupat dan Ketupat Palas dengan Rendang Tok Kak Ma.

1715 - Solat Asar

1730 - Tengok TV, NCIS Las Vegas, dan seterusnya sambung dengan Justice Pao. Kak Long talipon nak datang. Suruh mereka pergi rumah mak dulu, ajak mereka sekali.

1945 - Sampai rumah, solat maghrib.

2015 - Along dan keluarga sampai, Arif pusing balik ke No8, ambil Baba dan Mak. Sup pun siap, maka barokahnya insyaallah dapat kepada semua. Nizam sekeluarga, Utz Fuad Al As, kemuadian Ateh, Busu, Ammanda & Anique juga dapat rasa.

2300 - Selesailah segalanya, sambung makan Sup dan tengok animasi Iron Man dengan Adam sebelum Solat Isyak, Witr dan tidur.


Tuesday, November 16, 2010

Perjalanan ke Seberang Prai

14hb Oktober 2010, kami memulakan pejalanan ke Utara, dengan destinasi utamanya Bandar Perda, Seberang Prai, Pulau Pinang, kerana Lia akan menjalankan "practical" di Hospital Seberang Jaya.

1000 - keluar dari 1416@9teen, setelah selesai memenuhkan Charade dengan barangan keperluan Lia untuk 2 bulan, dengan stopover di No8, jumpa Atok, Wan dan Busu sebelum mengisi minyak di Petronas, Seksyen 6.

1030 - masuk highway melalui GCE.

1115 - 80km kemudian terpaksa berhenti di Shell dekat Behrang, kerana indicator menunjukkan "H", berhenti 15-20 min, air mengelegak.

1130 - Mula dengan baik, tapi pada kilometre 209 perjalanan, lebih kurang jam 1.30 tengahari semasa menaiki bukit. temp naik balik, nasib baik ada tempat berhenti, jadi break lagi 15 minit.

1345 - Gerak semula, kali ni tak pasang 'Air Cond', kira ok, berhenti solat di hentian sebelah sebelum Bukit Merah.

1556 - Sedang mencari halatuju Kondominium Mutiara, Bandar Perda, Atok call, masa tu berhenti kat Petronas dekat Politeknik Seberang Perai.

1705 - Semua barang dah angkat ke Kondo, kira ok, semua lancar.

1720 - Check jalan ke HSJ dengan bantuan Abang kawan Lia (Mimi), 10-15 minit aje. Lepas tu pergi Station KTM Butterworth. Perjalanan ke KL 11pm, 1st Class : RM67.00.

1820 - Jusco Shopping centre, makan di Johnnys dan membeli keperluan Lia.

2115 - Hantar barang balik ke Kondo.

2130 - Gerak ke KTM Station, isi minyak di Petronas, sampai KTM Station 10pm, bye bye to Lia. Solat dulu dan tunggu. Tren delay sampai dari Sin/KUL.

12.01/15112010 - Baru tren gerak, ada dua tiga orang dalam 1st class, tidur aje tak gerak dari seat 5A langsung sampai pagi, subuh pun mis.

0807 - Baru sampai KL Sentral.

0836 - Naik KTM Kommuter ke Shah Alam, kena berdiri, penuh sungguh.

0930 - Sampai rumah jalan kaki dari Stesen Komuter Sek 19,

Perjalanan yang menarik, penat tapi ok. Dah check dengan Faiz Tan, Daihatsu, harap Charade ok, kena pastikan temp dan bateri.