Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Lahir ... Mak

70 tahun yang lalu, Allah telah mengurniakan alam ini dengan seorang insan yang di beri nama Bastiah binti Ismail, di Klang, Selangor. Maka bermulalah satu perjalanan yang menarik serta pengalaman yang berbagai. Banyak yang telah beliau lalui, suka duka, manis pahit dan sebagainya. Apa jua, beliau tabah dan hari ini telah genaplah beliau mengelilingi matahari sebanyak tujuhpuluh (70) kali.

Yang menariknya, hari ini juga dikenali sebagai hari guru, yang mana beliau sememangnya seorang yang telah mendidik kami adik beradik seramai 6 orang dengan penuh kasih sayang. Tidak ada apa yang dapat diberikan yang dapat dikira sebagai hadiah yang dapat menandingi apa yang telah beliau curahkan. Agar kita dapat sentiasa meluangkan sedikit dari masa kita untuknya dari setiap 24jam yang Allah kurniakan kepada kita setiap hari, atau berberapa minit dari 1 minggu yang kita ada.

Hari ini, Mak dan Baba akan ke Miri, Sarawak bersama Sham. Selamat Hari Lahir Mak, semoga HIDAYAH Allah bersama mu selamat selalu dan Insyaallah kita jumpa lagi hari Isnin. Salam sayang dari Angah, Nie, Lia, Thira, Adam, Ayyub & Isha
Update
** Mum and Dad arrived home safely on monday 19th May, tired but ok.

No comments: