Saturday, April 23, 2011

Exam ....

Hari ni Kak Lia Exam, pukul 2.00ptg. Dah berberapa hari study kaw kaw dia, baru je lepas bertolak kat Puncak Alam. Insyaallah, Kak Lia berjaya menjawab dengan sempurna dan mendapat pencapaian yang cemerlang.

Semester ini, hanya '2 paper' aje, next paper 25042011, hari Isnin lepas tu boleh relax sampai semester depan. Mula pun lepas raya 12th September 2011. Nampak nya nak cuti puas-puas dia kerana dah dua kali semester break kena buat 'clinical', Hospital Sungai Buloh dan Hospital Seberang Jaya.

Ooops ... jangan lupa kena buat Thesis Final Year, dah hantar proposal, sekarang kena plan supaya tak buat kerja "last minute".


Thira pun tengah sibuk study break, malam kelmarin dia balik sekejab, katanya dah habis 1 minggu dah study break, tinggal seminggu aje lagi. Exam dia kalau tak silap mula 2hb Mei 2011 hingga 5hb Mei 2011.


Adam, Ayyub dan Alisha ... PKSR 1 dah selesai, markah kira ok la, perlu lebih banyak usaha lagi, dapat nombor dalam kelas pun kira ok la.

Adam UPSR tinggal lagi 5 bulan + -. Kena bantu dia lebih focus, kurangkan perkara dan aktiviti yang tak perlu. Masih gah nak tengok TV, sedangkan dah ada perjanjian bahawa ada hari-hari tertentu tak boleh tengok TV, lebih-lebih lagi sekarang ni "No TV Week". Punyalah kemaruk, malam tadi pasal nak tengok "Around the World in 80 days", versi baru dengan Jackie Chan sanggup bayar RM20.00. Korek tabung sampai kering.

Alim dah mula kat MRSM Gerik, dengar cerita blur juga dia, tapi mesti ok punya, pasal dia memang budak yang cerdik dan mudah 'interact' dengan orang.

Iman Nur Najwa (Wawa) pun dah sedia untuk next phase, lepas result SPM keluar, dah pilih Course mana yang diminati, sekarang tunggu offer. harap-harap dapatlah program yang dia betul-betul minat, lepas tu focus sungguh-sungguh.

Sementara tu, kerja kat Pizza Hut, boleh lah kita makan Pizza free kot !!!

Oh ya ... sorang lagi tengah sibuk belajar nak exam, Nurul Aini Munirah (Ain), tapi 1st paper pada 28hb April ni.

Good luck you all, give your best, insyaallah berjaya.

3 comments:

d'enricher said...

Kak lia ni, lepas exam kena pergi kerja part time, ke buat charity atau social work la.

Tidur lambat la, bangun lambat la ...

esh ..esh ...

d'enricher said...

Semalam, tyra pula habis exam, pg ni bangun subuh ok, lepas tu nak gi KL ada Program kat Times Square, dah naik kereta, bila call gang, belum bangun, jadi tak jadi gi.

Ni dah tidur dah, qada' tidur yang tertinggal masa exam la ni.

Apa nak buat ... cuti 4bulan ni???

Unknown said...

the most dreaded question during holiday, 'cuti ni nak buat ape?'... hahaha. this holiday- don't want to do anything specific.. go with the flow..