Saturday, April 23, 2011

Exam ....

Hari ni Kak Lia Exam, pukul 2.00ptg. Dah berberapa hari study kaw kaw dia, baru je lepas bertolak kat Puncak Alam. Insyaallah, Kak Lia berjaya menjawab dengan sempurna dan mendapat pencapaian yang cemerlang.

Semester ini, hanya '2 paper' aje, next paper 25042011, hari Isnin lepas tu boleh relax sampai semester depan. Mula pun lepas raya 12th September 2011. Nampak nya nak cuti puas-puas dia kerana dah dua kali semester break kena buat 'clinical', Hospital Sungai Buloh dan Hospital Seberang Jaya.

Ooops ... jangan lupa kena buat Thesis Final Year, dah hantar proposal, sekarang kena plan supaya tak buat kerja "last minute".


Thira pun tengah sibuk study break, malam kelmarin dia balik sekejab, katanya dah habis 1 minggu dah study break, tinggal seminggu aje lagi. Exam dia kalau tak silap mula 2hb Mei 2011 hingga 5hb Mei 2011.


Adam, Ayyub dan Alisha ... PKSR 1 dah selesai, markah kira ok la, perlu lebih banyak usaha lagi, dapat nombor dalam kelas pun kira ok la.

Adam UPSR tinggal lagi 5 bulan + -. Kena bantu dia lebih focus, kurangkan perkara dan aktiviti yang tak perlu. Masih gah nak tengok TV, sedangkan dah ada perjanjian bahawa ada hari-hari tertentu tak boleh tengok TV, lebih-lebih lagi sekarang ni "No TV Week". Punyalah kemaruk, malam tadi pasal nak tengok "Around the World in 80 days", versi baru dengan Jackie Chan sanggup bayar RM20.00. Korek tabung sampai kering.

Alim dah mula kat MRSM Gerik, dengar cerita blur juga dia, tapi mesti ok punya, pasal dia memang budak yang cerdik dan mudah 'interact' dengan orang.

Iman Nur Najwa (Wawa) pun dah sedia untuk next phase, lepas result SPM keluar, dah pilih Course mana yang diminati, sekarang tunggu offer. harap-harap dapatlah program yang dia betul-betul minat, lepas tu focus sungguh-sungguh.

Sementara tu, kerja kat Pizza Hut, boleh lah kita makan Pizza free kot !!!

Oh ya ... sorang lagi tengah sibuk belajar nak exam, Nurul Aini Munirah (Ain), tapi 1st paper pada 28hb April ni.

Good luck you all, give your best, insyaallah berjaya.

Adam dan Kerja Sivik ...

Berberapa hari yang lepas Adam sibuk balik rumah merenggek nak kena buat kerja rumah sivic. Dia kena buat kad ucapan menghargai keluarga. Masa tu Kak Thira ada kat rumah , jadisuruh lah dia minta tolong kak kakak dia.

Masa tu bila tanya apa maksud menghargai keluarga, dia kat tak tahu ... naik angin dibuatnya, nasib baik Kak Thira ada.

Apapun 'end result' kira ok la dan dapat satu copy dari usaha dia atas pertolongan Kakak.


Terima kasih keluargaku

Terimakasih yang tidak terhingga kepada
ibu dan abah serta Kak Lia, Kak Tira, Ayyub
dan Alisha. Terutamanya ibu dan abah
yang telah menjaga Adam dan melayan
kerenah Adam setiap hari. Juga Kak Lia
dan Kak Tira yang selalu membantu Adam
membuat kerja sekolah. Ayyub dan Alisha
pula yang selalu bermain dengan abang di
rumah. Adam amat menghargai semua
orang yang menjaga, menolong dan
bermain dengan Adam.


TERIMA KASIH SEMUA

ESPECIALLY MADE FOR YOU
ADAM MUHAMMAD


Kad ada siap dengan gambar, tapi tak pandai-pandai nak upload ke sini, so lain kali aje la. Hari ni hari sekolah ganti, ibu ada kat KT melawat Wan pergi malam tadi, insyaallah ahad pagi balik, ada harapan nak makan Nasi Dagang fresh ... tengok la rezki siapa ya.

Wednesday, April 20, 2011

Alpha thalassemia trait

Dah lah tu Heterozygous alpha thalassemia.

Alamak nak sebut pun berbelit lidah. Apa pun dah confirm dah disahkan sebagai pembawa, tapi kira ok lah, ikut cerita doktor, nasib baik mak bukan pembawa. Maka nya kita semua aik beradik tak lah kena kes yang teruk.

Tapi, kena buat screening untuk anak-anak, bukan apa sebelum mereka kahwin nanti, sekurang-kurangnya cucu-cucu kita nanti tak lah mendapat 'complication' tak menentu.

Tapi kalau dah suka macammana ye???

Nak cerita sikit, ada kawan tu, anak dia kena transfuse darah setiap bulan rasanya, kesian budak tu, tapi apa nak buatkan, kalau boleh "prevention is better than cure"