Friday, February 11, 2011

EGO ...

Dari Berita Harian, 11022011 oleh Hidayah Mohammad


Pada awal perhubungan, mungkin tidak nampak sifat dan sikap sebenar seseorang pasangan. Semuanya indah belaka. Bila semakin lama, mula lah berlaku berbagai kepincangan, perselisihan faham hinggakan natijahnya mencetuskan perbalahan yang akhirnya membawa perpisahan. Salah satu punca yang sukar disedari ialah sifat ego yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Rata-rata wanita gemar menuduh lelaki tinggi ego, sebaliknya, si lelaki pula akan menyalahkan wanita sehingga menyebabkan persengketaan. Berikutan masing-masing suka menuding jari menyalahkan antara satu sama lain. Sifat ego bukan saja menjadi masaalah dalam hubungan pasangan bercinta, malah turut menjadi isu dalam keluarga, ipar duai, tempat bekerja dan hubungan kemasyarakatan.

Bagi yang tidak sedar, memiliki sifat ego, penulis yang jugapenuh dengan sifat ego, merungkai sifat berkenaan tanpa disedari oleh rata-rata manusiadi muka bumi ini. Sifat buruk itu hanya dapat diubah oleh diri sendiri, sebaliknya sifat ego yang semulajadi sukar untuk diubah oleh orang lain. Sekiranya dikatakan lelaki lebih ego daripada wanita memang ada betul nya, tetapi itu mungkin wujud 15 tahun lalu yang mana lelaki lebih dominan daripada wanita. namun zaman sudah berubah.

Wanita banyak yang menimba ilmu hingga ke menara gading dan ramai yang berkerjaya, jadi mata pencarian keluarga datang juga dari wanita. Maka, ego akan terhasildaripada duit, harta, kepandaian, status dan gaya hidup yang tinggi, selain dipengaruhi oleh rakan sekeliling dan sifat peribadi seseorang. sehubungan itu, zaman moden tidak kira lelaki atau wanita sama saja.

Ego juga datang dengan kuasa yang ada pada seseorang. Contohnya, lelaki yang tidak berpelajaran tinggi, tidak berharta dan tidak kacak, tapi masih ada lagi ego terhadap isteri berikutan lelaki sudah dicop sebagai "ketua keluarga" oleh masyarakat. Jadi, ketua di sini mempunyai kuasa dalam menentukan hala tuju keluarga. Itu juga penyumbang kepada sifat ego.

Walaubagaimanapun, ego perlu ada sebagai perisai untuk menjada maruah, tapi mestilah berpadadan kena pada tempat.

Sifat ego adalah penyakit batin, iaitu ia adalah abstrak atau maknawiyah, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. namun tetap dapat dkesan melalui tanda lahiriah pada sikap seseorang itu. Atau dengan kata lain, sifat ego itu ada manifestasi atau implikasinya. Berdasarkan sikap dan tanda terserlah itu lah, kita dapat mengenali seseorang itu memiliki sifat ego.

Antara fakta dan tanda-tanda sifat ego:-

  1. Bila jawapan yang diber betul, dia akan rasa terhibur, senan hati dan bangga.
  2. Jika tidak dilantik memegang sesuatu jawatan, dia akan rasa kecewa dan tidak tenang.
  3. Jika seorang ketua, dia selalu bersikap kasar ketika member arahan.
  4. Jika orang bawahan, dia susah untuk taat dan bersikap degil.
  5. Mudah marah bila dinasihati.
  6. Emotional dan mudah tersinggung.
  7. Memilih kawan yang setaraf dengannya.
  8. Menonjolkan diri secara berlebihan.
  9. Memperlekehkan orang lain.
  10. Suka menyampuk perbualan orang lain.
  11. Buruk sangka terhadap orang lain.
  12. Suka meninggikan suara ketika bercakap.

Untuk mengenali sifat-sifat ego :-

  • Menolak kebenaran, tidak mahu menerima pandangan orang lain. Sering saja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri. Sifat egonya itu terserlah menerusi perbuatan bercekak pinggang biarpun tanpa disedarinya.
  • Selalu berwajah serius dan masam, ditambah pula dengan sikap yang kurang mesra.
  • Sangat memilih kawan terutama dalam kalangan orang yang setaraf saja.
  • Mudah menjadi marah terutama kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa keatas dirinya.
  • Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain


Oleh yang demikian, dalam usaha menjadi seorang iman yang takwa kepada Allah, kita perlu sentiasa memastikan bahawa kita tidak terjerumus kearah peribadi yang buruk secara sengaja atau tidak sengaja. Kita perlu fikirkan apa kita rasa sekiranaya orang memperlihatkan keegoannya kepada kita. Kalau kita kurang selesa, serupa juga sekiranya kita memperlakukan sedemikian terhadap orang lain.


Akhir kata, kepada Allah kita berserah, yang tua kita hormati, yang muda kita sayangi, insyaallah kita berjaya dunia dan akhirat.

No comments: