Hari ini kita telah pun memasuki hari ke 26 Syawal, masa berlalu begitu pantas, masih ramai yang kita belum ziarahi, atas kesuntukkan masa dan keadaan yang diluar kuasa kita.
Mempunyai keluarga yang kecil sudah dikira susah, bayangkan mereka yang berkeluarga besar. Apa juga, ia memerlukan satu sikap menjaga silaturrahim bagi memastikan interaksi berterusan dapat di jalin, atau akhirnya antara kita dan mereka akan menjadi satu angka atau tidaklebih dari kenalan yang kita tahu, tapi tidak pasti siapa mereka, jauh lagi mengingati nama mereka.
Malam tadi, telah diadakan satu Majlis Selawat Nabi Muhammad SAW sempena bulan Syawal anjuran warga 19/28 dan 19/30 yang mana lebihkurang 14 buah keluarga mengambil bahagian dan dianggarkan lebih kurang 100 orang dari keseluruhan kelompok kejiranan 19/28-31 menyertainya. Walaupun ziarahnya berberapa minit, yang pasti dapat juga berjumpa jiran lama yang tidak berjumpa serta jiran baru yang belum pernah bertegur sapa.
7hb Okober ini bersamaan dengan 28 Syawal, giliran warga 19/29 dan 19/31 pula akan menganjurkan. Semoga usaha murni merapatkan silaturrahim antara jiran ini dapat membuahkan sifat toleransi serta tolong menolong yang berterusan. Juga diharapkan sifat menghormati situasi jiran yang tidak dapat menyertai atas sifat peribadi dan terus berusaha mendekati mereka berterusan, memahami situasi mereka sebelum mempunyai pandangan "su'udhon".
Apa juga, keluarga terdekat kita adalah jiran-jiran kita.
No comments:
Post a Comment