Wednesday, December 9, 2009

Dalam ini Rumah ada Undang Undang

Undang Undang adalah satu perkara yang sangat penting. Sekiranya kita tidak ada undang undang, maka setiap orang akan membuat andaian sendiri mengikut pemikiran dan kehendak hatinya. Maka apabila itu terjadi, dengan sendirinya berlakulah pertembongan yang boleh membawa kacau bilau.
.
Bukan hanya di dalam rumah, didalam sesebuah negeri/negara juga ada undang undang. Dunia dan alam semesta juga dah memang ujud undang undang. Yang menariknya, ada satu terma "undang undang rimba".
.
Disini, undang undangnya "MUDAH". Contohnya, seekor singa yang lapar, akan memakan rusa atau binatang lain yang berada didalam lingkongannya, dengan syarat singa itu berjaya menangkap rusa tersebut. Kita mungkin akan berkata kesian rusa itu, tetapi sebaliknya jika difikirkan, kenapa tidak kesian singa itu, sekiranya ia gagal menangkap rusa atau binatang lain, dia mungkin akan mati kelaparan.
.
Ada banyak lagi contoh, National Geographic atau Channel Discovery serta beberapa saluran diTV banyak memaparkan cerita sebegini. Ini dinamakan lumrah Alam.
.
Jadi, apabila kita bercerita mengenai tajuk kita "Dalam ini Rumah ada Undang Undang", ingat tak kita kepada cerita "Tiga Abdul" arahan P Ramlee dengan Ahmad Nisfu sebagai salah seorang teraju utamanya.Undang2 nya kronik, tetapi itu lah undang2nya, yang berjaya membolot harta 2 orang menantunya, tetapi makan diri kerana kepandaian menantu yang ketiga. Kena tengok cerita itu kalau tak pernah tengok, salah satu filem komedi yang sentiasa seronok ditonton walaupun kitadah tahu setiap skripnya.
.
Oleh yang demikian, bermula dari hari ini, kita akan menyediakan undang2 untuk isi rumah kita. Asalkan ia tidak melanggar Hukum ALLAH SWT dan Sunnah Rasulullah SAW, tidak bertentangan dengan undang undang negara tempat kita bermastautin, dan lebih lebih lagi tidak maksiat, kita perlu belajar untuk patuh.
.
Sebagai contoh, (1) telah ditentukan bahawa masa untuk "berinternet" tamat pada pukul 12.00malam. Kenapakah tempoh berinternet di tetapkan sedemikian? Salah satu dari sebab utamanya, tanpa ketetapan tersebut, didapati mereka yang mengunakannya lupa diri, sampai tertidur internet masih "ON" lagi. Walaupun diterima kepentingan internet, malangnya kebanyakan masa digunakan untuk perkara yang tidak bermanafaat.
Kita akan menjelaskan beberapa lagi Undang2, dalam masa yang terdekat sementara kita mengeluarkan satu Undang2 lengkap bagi rujukan semua. Ada berberapa peraturan yang telah di ajarkan, seperti (2) menghormati tamu denga bersalam dan mencium tangan (bukan menyondol ke dahi atau pipi) kepada mereka yang lebih tua. Kita diajar sejak kecil oleh Baba akan perkara ini, tetapi nampaknya, ramai yang tidak lagi mengamalkannya. Semasa kecil, kita akan bersedia untuk bersalam dan mencium tangan Baba semasa dia balik dari kerja, dan setakat ini, kecenderongan melalukkan oleh anak2 ada, walaupun belum tertib lagi.
..
bersambung.

No comments: