Saturday, August 30, 2008

10 TIP JADI BAPA COOL

Terjumpa dengan rencana in diBerita Harian, Sabtu 30hb August 2008, dengan tajuk Bapa Alaf 21 tak ego. Dulu garang sekarang lembut? Satu topik yang menarik.

Baru saja lepaskan Lia dan Thira, nak pergi shopping, anak-anak zaman sekarang. Lisha pula boring tapi kakak tak nak bawa, kalau nak ikut kena warning dulu tak boleh ngamok, bila tanya dah mula tunjuk angin, itu baru 5 tahun. Dah kena sound, kena cepat pujuk, kalau tidak kang panjang cerita.

Tip ni tak tahulah sesuai ke ..

1. UTAMAKAN KEPERLUAN ANAK
Jika anda seorang perokok, mungkin sekarang masa yang sesuai untuk meninggalkan tabiat ini. Selain berhabis wang tanpa ada faedah kesihatan, asap rokok tidak baik untuk anak anda terutama yang masih bayi. Jadi tunggu apa lagi? Dalam membuat sebarang keputusan, utamakan kepentingan anak-anak terlebih dulu terutama dalam soal kewangan dan pendidikan.

2. LINDUNGI ANAK
Tugas utama bapa ialah pelindung. Lindungi anak anda dalam apa saja aspek hidup seperti mengelak kemalangan kecil di rumah, tempat duduk khas kanak-kanak dalam kereta mahupun sehelai polisi insuran nyawa.

3. LUANGKAN MASA BERSAMA ANAK
Jika pada hari bekerja anda sering pulang lewat, manafaatkan sepenuh cuti hujung minggu bersama anak-anak. Banyak aktiviti boleh dilakukan bagi menambah keceriaan dan keseronokan hidup sekeluarga.

4. BERMAIN DENGAN ANAK
Anak-anak anda mungkin mempunyai hobi yang sama. Apa kata luangkan hujung minggu untuk bermain futsal, bolasepak atau melukis di taman.

5. SESEKALI LAKUKAN TUGAS IBU
Tidak salah bagi bapa 'cool' melakukan tugas ibu seperti memasak dan mengemas rumah. Selain berkongsi tugas isteri, anda mampu mengeratkan hubungan denga anak-anak. Percayalah, jika anda menukar lampin, memberikan susu dan mendodoi di tengah malam, hubungan anda dengan si kecil bertambah erat hingga hari tua.

6. TUNJUK KASIH SAYANG ANDA
Usah malu mengusap rambut, mencium atau memeluk anak anda setiap kali pulang kerumah. Dengan cara ini, hubungan dengan anak bertambah rapat, malah mereka tidak malu meluahkan perasaan atau berkongsi masalah dengan anda terutama ketika meningkat remaja.

7. JADI RAKAN ANAK ANDA
Anda boleh menjadi teman rapat anak anda sendiri. kenal dirinya, dekati dan jalin hubungan istimewa. Namun, sifat dominan dan ketegasan seorang bapa perlu dipertahankan.

8. INGAT HARI PENTING ANAK
Ada bapa terlupa tarikh lahir anaknya sendiri. Tentukan anda mengingati tarikh lahir anak sebagai tanda kasih dan mengeratkan hubungan.

9. HORMATI ISTERI ATAU IBU ANAK-ANAK ANDA
Asyik menyenaraikan tip menjadi bapa 'cool' elemen penting yang perlu diber perhatian ialah isteri anda sendiri. Sesekali ambil alih tugas isteri anda, berikan waktu rehat mahupun terapi urut istimewa. Jika isteri anda gembira, sudah pasti anak-anak turut gembira!

10. JAGA KESIHATAN DIRI ANDA
Penting untuk bapa menjaga kesihatan diri. Bapa yang sihat adalah pemulaan bagi sebuah kehidupan keluarga yang sempurna!

Sebagai seorang bapa, ayah, abah, atau apa jua yang menjadi panggilan, yang utama adalah tanggungjawab yang tetap sama. Walaubagaimana pun, keupayaan serta usaha setiap individu itu berbeza. Yang penting kasih sayang.

No comments: