Thursday, November 18, 2010

Aidil Adha 1431

0600 - Hening Subuh memulakan hari yang barokah, sambil bersedia untuk Solat Sunat Aidil Adha. Dah bersedia bersama Adam dan Ayyub, hantar Mak (KT) ke rumah Su. Berhenti sebentar di No8, ucap selamat untuk, Baba, Mak dan Su.

0730 - Bertakbir dan bersedia untuk solat di Surau AlFatah, Padang Jaya.

0800 - Mula Solat, dan selesai dengan khutbah, silaturrahim dengan jamaah sebelum pulang.

0845 - Menetapi sunnah, bersarapan selepas solat. Jamuan pagi ini ialah Nasi Lemak (mudah sikit kerana Lia di Seberang Jaya), tak ragu-ragu guna santan. Ada juga rendang Tok Kak Siti, dengan Ketupat Palas Terengganu. Mak balik dari Masjid dengan Su dan keluarga.

0945 - Sebelum ke Padang Jawa, berhenti di No8, jamah sedikit ketupat bersama rendang dan kuah kacang air tangan emak. 18 ekor lembu tumbang, manakala 21 ekor kambing telah di Korbankan. masa sampai, penyembelihan telah selesai, manakala kerja melapah sedang giat dilakukan. Sambil bersilaturrahim, membantu semampunya, diam tak diam dah lebih 12 tengahari. Baba ada booking perut panjang, manakala Mak (KT) dan Utz Fuad Al As ada minta sedikit daging Kambing. Balik dengan sedikit buah tangan daging serta tulang rusuk untuk diagihkan serta makan sendiri. Hantar daging dan bersihkan perut (banyak kerjanya) untuk baba.

1330 - Sampai rumah, siapkan tulang rusuk untuk sup dan daging-daging untuk agihan dan simpanan, nasib baik ada pinjam parang, kapak dan kayu beluti dari baba. Siap, Nie bersihkan untuk Sup, dan Kak Siti bersihkan yang perlu untuk disimpan. Adam, Ayyub dan Lisha ikut Su ke Sungai Buloh,dengan Pak Chik Zam dan Che Dah.

1415 - Siap, solat Dhohor & rehat sambil makan kuih inti nasturi.

1500 - Ke Sg Buloh, beraya dengan keluarga yang lain, keluarga Abang Zaini semua ada, makan Nasi Dagang, Ketupat dan Ketupat Palas dengan Rendang Tok Kak Ma.

1715 - Solat Asar

1730 - Tengok TV, NCIS Las Vegas, dan seterusnya sambung dengan Justice Pao. Kak Long talipon nak datang. Suruh mereka pergi rumah mak dulu, ajak mereka sekali.

1945 - Sampai rumah, solat maghrib.

2015 - Along dan keluarga sampai, Arif pusing balik ke No8, ambil Baba dan Mak. Sup pun siap, maka barokahnya insyaallah dapat kepada semua. Nizam sekeluarga, Utz Fuad Al As, kemuadian Ateh, Busu, Ammanda & Anique juga dapat rasa.

2300 - Selesailah segalanya, sambung makan Sup dan tengok animasi Iron Man dengan Adam sebelum Solat Isyak, Witr dan tidur.


Tuesday, November 16, 2010

Perjalanan ke Seberang Prai

14hb Oktober 2010, kami memulakan pejalanan ke Utara, dengan destinasi utamanya Bandar Perda, Seberang Prai, Pulau Pinang, kerana Lia akan menjalankan "practical" di Hospital Seberang Jaya.

1000 - keluar dari 1416@9teen, setelah selesai memenuhkan Charade dengan barangan keperluan Lia untuk 2 bulan, dengan stopover di No8, jumpa Atok, Wan dan Busu sebelum mengisi minyak di Petronas, Seksyen 6.

1030 - masuk highway melalui GCE.

1115 - 80km kemudian terpaksa berhenti di Shell dekat Behrang, kerana indicator menunjukkan "H", berhenti 15-20 min, air mengelegak.

1130 - Mula dengan baik, tapi pada kilometre 209 perjalanan, lebih kurang jam 1.30 tengahari semasa menaiki bukit. temp naik balik, nasib baik ada tempat berhenti, jadi break lagi 15 minit.

1345 - Gerak semula, kali ni tak pasang 'Air Cond', kira ok, berhenti solat di hentian sebelah sebelum Bukit Merah.

1556 - Sedang mencari halatuju Kondominium Mutiara, Bandar Perda, Atok call, masa tu berhenti kat Petronas dekat Politeknik Seberang Perai.

1705 - Semua barang dah angkat ke Kondo, kira ok, semua lancar.

1720 - Check jalan ke HSJ dengan bantuan Abang kawan Lia (Mimi), 10-15 minit aje. Lepas tu pergi Station KTM Butterworth. Perjalanan ke KL 11pm, 1st Class : RM67.00.

1820 - Jusco Shopping centre, makan di Johnnys dan membeli keperluan Lia.

2115 - Hantar barang balik ke Kondo.

2130 - Gerak ke KTM Station, isi minyak di Petronas, sampai KTM Station 10pm, bye bye to Lia. Solat dulu dan tunggu. Tren delay sampai dari Sin/KUL.

12.01/15112010 - Baru tren gerak, ada dua tiga orang dalam 1st class, tidur aje tak gerak dari seat 5A langsung sampai pagi, subuh pun mis.

0807 - Baru sampai KL Sentral.

0836 - Naik KTM Kommuter ke Shah Alam, kena berdiri, penuh sungguh.

0930 - Sampai rumah jalan kaki dari Stesen Komuter Sek 19,

Perjalanan yang menarik, penat tapi ok. Dah check dengan Faiz Tan, Daihatsu, harap Charade ok, kena pastikan temp dan bateri.






Tuesday, October 5, 2010

Menuju keakhir syawal 1431

Hari ini kita telah pun memasuki hari ke 26 Syawal, masa berlalu begitu pantas, masih ramai yang kita belum ziarahi, atas kesuntukkan masa dan keadaan yang diluar kuasa kita.

Mempunyai keluarga yang kecil sudah dikira susah, bayangkan mereka yang berkeluarga besar. Apa juga, ia memerlukan satu sikap menjaga silaturrahim bagi memastikan interaksi berterusan dapat di jalin, atau akhirnya antara kita dan mereka akan menjadi satu angka atau tidaklebih dari kenalan yang kita tahu, tapi tidak pasti siapa mereka, jauh lagi mengingati nama mereka.

Malam tadi, telah diadakan satu Majlis Selawat Nabi Muhammad SAW sempena bulan Syawal anjuran warga 19/28 dan 19/30 yang mana lebihkurang 14 buah keluarga mengambil bahagian dan dianggarkan lebih kurang 100 orang dari keseluruhan kelompok kejiranan 19/28-31 menyertainya. Walaupun ziarahnya berberapa minit, yang pasti dapat juga berjumpa jiran lama yang tidak berjumpa serta jiran baru yang belum pernah bertegur sapa.

7hb Okober ini bersamaan dengan 28 Syawal, giliran warga 19/29 dan 19/31 pula akan menganjurkan. Semoga usaha murni merapatkan silaturrahim antara jiran ini dapat membuahkan sifat toleransi serta tolong menolong yang berterusan. Juga diharapkan sifat menghormati situasi jiran yang tidak dapat menyertai atas sifat peribadi dan terus berusaha mendekati mereka berterusan, memahami situasi mereka sebelum mempunyai pandangan "su'udhon".

Apa juga, keluarga terdekat kita adalah jiran-jiran kita.

Thursday, September 23, 2010

Ramadhan yang berlalu, syawal yang telah berlalu ...

Diam tak diam, hari ini sudah masuk syawal yang ke 14. Ramadhan telah kita lalui dengan jayanya, insyaallah dan semoga Allah aza wajalla, menerima amalan kita yang telah kita usahakan.

Kita berbuka di bersama Baba, Mak dan Busu sebelum bertarawikh bersama, bermaafan dan bergerak dalam pukul 10.03 malam. Perjalanan sangat sesak bermula dari Tol Gombak sehingga ke Toll Bentong. secara keseluruhan semua baik dan sempat bersahur di Durian Burong.

Tahun ini berhari raya di Kuala Terengganu, dan alhamdullilah semuanya lancar kecuali sedikit perkara yang membabitkan keluarga Su semasa perjalanan pulang ke KT pada 9hb September 2010 bersamaan dengan 29 ramadhan 1431.

Kesemua ahli keluarga dapat berkumpul menjelang malam raya kecuali keluarga Zafri (Along, Shah, Alia & Shafiq) yang sampai malam raya pertama). Keseluruhannya, keluarga Allahyarham Hj Ismail Azad Khan dan Hajjah Hawa dapat berkumpul seramai 33 orang. 1 Moyang, 10 anak dan menantu, 20 cucu dan cucu menantu serta 2 cicit. Pada hari raya ketiga, 12hb September 2010 diadakan jamuan sempena ulangtahun kelahiran Che Dah, Abang Zam, Alia dan Izzati, di mulai dengan sesi bergambar.

Melawat ke berberapa keluarga terdekat, che Amah (tak ada rumah), cu arif dan juga ayah wan, dan rumah abang mi. Rumah Abang Zam juga tak masuk kerana mereka dah keluar. Selain dari itu, sempat makan sotong goreng di pantai serta bermain pasir. Hari rabu rancangan mandi terbantut kerana hujan yang sangat lebat.

10 pagi Khamis, 7 syawal1431 bersamaan 16hb September 2010, bergerak pulang ke Shah Alam. Perjalanan lancar, berhenti di R&R Gambang untuk makan tengahari dan alhamdulillah sampai ke 1416@9teen lebih kurang pulul 3.15 petang.

Setelah berkemas dan berehat, dapat berkumpul dengan MHS Clan di Sungai Udang rumah along yang mana mereka telah berhari raya dari mula berkumpul di No8, ke Semenyih sehingga lah Sg Udang rumah yang kelapan.

Seronok makan Char Kuew Teow Pak Long ... Sedap.

Sobalik rumah sampai dekat kul 12 ... good nite.

Monday, May 17, 2010

As we circle the sun ...

Antara kita sedar atau tidak, hidup kita berlalu mengikut kadar yang telah ditetapkan. Maka setiap dari kita antara suka atau tidak telah dan akan terus mengharunginya sehingga sampai masa yang Allah SWT tentukan. Ini jelas dari firmannya di dalam Al Quran yang bermaksud :-

"setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati"

Maka yang perlu kita lakukan dalam menjalankan tanggungjawab kita masing-masing, insyaallah, dengan hidayah, bimbingan yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW serta dorongan dan doa kedua ibubapa kita hidup kita pasti akan selamat.

Semalam, 16hb Mei 2010, genap lah emak mengelilingi matahari buat kali yang ke 72. Alhamdullilah syukur kepada Allah SWT, beliau diberi bonus umur yang mana sekira nya mengikut sabda Nabi SAW yang bermaksud, "umur umatku adalah di diantara 60 ke 70 tahun", dan baginda Rasulullah SAW sendiri diberi Allah SWT masa di dunia ini selama 63 tahun. Yang lebih utama lagi beliau sihat dan setakat hari ini telah dikurniakan, 6 anak (4 putera dan 2 puteri), 5 menantu serta 16 cucu (8 laki-laki dan 8 perempuan).

Kita berjaya berkumpul dalam usaha mensyukuri nikmat Allah SWT dalam mengeratkan silaturrahim diantara kita. Pak/Tok Ngah Hassan , Mak/Wan Ngah Mona serta berberapa kenalan rapat juga sempat memeriahkan majlis ini. Walaupun demikian, kita belum berjaya mengumpulkan kesemuanya (kurang 2 orang) atas berberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Kali terakhir kebanyakan dari kita semua (lebih ramai tak dapat hadir) berkumpul adalah semasa Baba lengkap mengelilingi matahari buat kali yang ke 79 pada 7hb Februari 2010.

Aktiviti berjalan lancar selepas asar, fasa 1 dan seterusnya fasa 2 selepas maghrib. Rasa nya kedua-dua fasa ini tidak lah dirancang, tetapi oleh kerana ada yang perlu balik atau ada urusan lain, maka terjadi fasa-fasa tersebut. Seperti biasa aktiviti utama adalah kegemaran ramai ... iaitu makan. Ada Roti Jala dan gulai, ada sate & nasi impit, ada bihun singapura, ada agar-agar, ada bua-buahan, air bali dan air oren dan jangan lupa ada kek (birthday cake dan cupcake). Biasalah mesti ada upacara tiup lilin, tapi tak sempat Wan nak tiup, Ayyub dah tiup dulu. Selainnya, seperti biasa lama tak jumpa adalah ngot nget sana ngot nget sini, selain dari klik sana, klik sini. Ada juga kejuaraan "Piala Thomas" diluar, walaupun semua dah kecewa kerana Malaysia tak berjaya simpan piala tersebut ... mungkin ada dari keluarga Alshukor nanti menjadi watak utama dalam edisi-edisi akan datang.

Masuk maghrib, ada yang meminta diri, selainya terus solat bergilir-gilir sebelum fasa 2 bermula di mana Aqila Dayana memulakan fasa 2. Rupa rupanya ada sketsa/nyanyian untuk wan dari cucu. Athirah juga cuba menghidupkan skillnya masa kecik dulu dengan bermain keyboard (kena practice balik) dah berkarat dah, mengiringi adik-adiknya menyanyi. Dah habis 'planned show', ada 'ad hoc activity' pula dengan teka teki, cerita dari cucu-cucu dan anak serta menantu. (Punya lah seronok hinggakan Ayyub mengigau tengah malam).

Apa sekalipun, akhirnya sampai, atuk dan wan dah penat, ada yang kena pergi kerja, ada yang kena pergi sekolah dan tugas-tugas lain. Jadi berakhirlah aktiviti bersama yang akan terus kekal dalam ingatan semua.

Bila lagi ya ...?

Nak download gambar tak pandai lagi, nanti kena belajar dulu.


***
Sempena birthday mak ... maka nama blog ini bertukar lagi dari myfamily circle dan sebelum nya myfamily ke AS WE CIRCLE THE SUN ...


Friday, May 7, 2010

Anak Bapak ...

Teringat satu lagi cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Anak Bapak.

Salah satu "scene", si anak membangga kan bapak, ... maka si bapak pun berkata ..."anak bapak". Di "scene" yang lain pula, perbuatan si anak tidak disenangi oleh si bapak, maka berkata Mr Secretary, "anak bapak", tetapi si bapak berkata, "itu bukan anak bapak ... itu anak setan".

Selalunya, perbuatan si anak akan dikaitkan kepada ibubapa mereka, terutama nya perkara yang tidak baik. Anak si polan tu, buat itu, buat ini dan sebagainya. Situasi mengaitkan ibu bapa ini selalu terjadi kerana tanggungjawab ibubapa mendidik dan menjaga anak-anak mereka. Ini lah datangnya istilah kurang ajar.

Kalau kita tengok situasi semasa, anak pelakon terkenal kena cekup kerana dadah, mak bapak berusaha menidakkan, tapi dek sebab anak mak bapak susah, ini juga membabitkan kes remaja di tembak. Kalau tak masuk kes-kes yang disebut, ada banyak pula kaitan kepada orang tua, seperti Bin Laden, atau cerita politik atau penjawat awam atau orang terkenal, yang mana nama bapa mereka dikaitkan dan diaibkan, kerana orang meluat atau bencikan si anak tadi.

Memang ada benarnya, walaupun ada juga perbuatan baik yang dikaitkan kepada ibubapa, tetapi lumrahnya perbuatan buruk lebih mudah melekat.

Oleh yang demikian, khas untuk anak-anak ku (Lia,thira, adam, ayyub dan lisha), jagalah nama baik abah dan ibu, kerana apa juga sekali ... kami sentiasa sayangkan kamu semua.

Kalau pinjam kata-kata Mahfuz Al Buaya, bukan nya apa ... Abah buat ni kerana Abah sayang, jangan jadi bapak macam Tuan Sadik Segaraga ... sudah la.

Thursday, May 6, 2010

Sayang Anak ....

Satu ketika dulu, ada seorang ibu yang sangat sayangkan anaknya, bak kata perpatah : "seperti menatang minyak yang penuh". Semasa kecil, sampaikan sekiranya berjalan kemana-mana anak itu dibawa diatas bahu.

Ada masanya, mereka berselisih dengan mamak menjual kacang putih dengan jualannya yang dijunjung. Anak itu telah mengambil(mencuri) segenggam kacang tanpa disedari oleh mamak sipenjual tadi. Si emak bila mengetahui perkara itu terus berkata "pandai anak emak". Dia selalu memuji "kepandaian songsang" anaknya itu dek sayangnya dia kepada si anak. Budak ini, merasakan yang dia tidak berbuat salah kerana semua perbuatannya disukai oleh emaknya.

Ada ketikanya, apabila ada orang menegurnya, dia akan berkata "emak dia tak marah pun". sekiranya ada orang memberitahu si emak, orang itu akan dimarahi kerana menceritakan perkara yang bukan-bukan tentang anaknya, anak di a budak baik.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan ganti berganti, si budak itu membesar sebagai orang berbuat sesuka hatinya. apa juga halnya, emak sentiasa 'support'. Satu hari dia telah ditangkap polis dan akhirnya disabitkan kesalahan merompak dan membunuh dan akan digantung. Sebelum, pengadilan dijalankan, dia ditanya, "adakah kamu ingin berjumpa dengan sesiapa sebelum hukuman ini dijalankan?" Dia berkata yang dia ingin sangat berjumpa emaknya yang sudah tua. Hakim dan semua yang hadir merasakan sungguh sedih. Maka emaknya yang sudah tua dicari dan dibawa kemahkamah. Semua yang ada dengan rasa sedih merasakan ini adalah pertemuan emosi terakhir bagi mereka berdua.

Tetapi ...

Apabila ternampak emaknya yang sudah tua itu masuk, sibudak yang telah besar dan akan digantung itu menjerit kearah emaknya dengan berkata "tak guna punya emak, kalau dari kecil aku dibetulkan, mengambil kacang mamak itu mencuri, dihukum dan diperbetulkan, tentu aku tidak akan digantung sekejab lagi" . Semua yang hadir terkejut ...

Ingat cerita "Anak ku Sazali" karya P.Ramlee. Ada tak cerita-cerita masakini yang mungkin terarah kesinario sebegitu.

Kepada ibu bapa, ini untuk diri sendiri la, di mana anak anda sekarang, tahu kah anda mereka sedang buat apa???

Salam hormat.